Rawatan Tradisional Untuk Mengeluarkan Kahak Bayi 0-1 Tahun

Hati ibu mana yang tidak gusar bila bayi kecil di serang selesema, batuk dan kahak...lebih-lebih lagi bayi yang belum sampai sebulan...

Bagi yang baru bergelar ibu mesti akan panik...tapi bila bawa jumpa Doktor mesti Doktor sendiri akan cakap bayi tidak boleh makan ubat kerana organ dalaman bayi masih muda...so, sebagai ibu kita kenalah cari alternatif lain yang lebih selamat untuk bayi kita...

Okey, teknik rawatan ini saya pernah gunakan untuk anak saya, memang sangat membantu...ibu-ibu muda boleh la cuba ya...

Rawatan Tradisional Untuk Mengeluarkan Kahak Bayi

Bawang Putih

Bawang putih adalah antara makanan anti-bakteria yang sangat baik untuk membunuh sel-sel bakteria. Kalau anak kita yang sakit tu masih menyusu, ibu bolehlah makan bawang putih (letak lebih sedikit dalam masakan ataupun makan begitu sahaja bagi siapa yang berani :p ). Sel bawang putih itu akan menjadi sebahagian dari susu dan membantu untuk membunuh kuman.Ibu boleh juga membuat minyak bawang putih untuk disapu pada dada, belakang, dan betis baby



Cara-cara membuat minyak bawang putih

Ambil seulas bawang putih dan bakar atas api sehingga terbuka kulitnya. Jangan sampai hangus ye.

Cincang halus bawang putih tersebut dan masukkan ke dalam bekas kecil.

Cari bekas yang bertutup supaya boleh simpan lama.

Masukkan minyak zaitun (kalau takde, minyak masak pun boleh yang belum guna pun boleh) ke dalam bekas yang mempunyai bawang putih.

Ramas minyak bersama bawang putih sehingga minyak tu pun berbau bawang putih.

Sapukan pada bayi dengan kerap di bahagian dada, belakang, dan betis.

Tapi, sebelum mula sapukan pada baby, buat patch test dulu untuk melihat sama ada kulit baby kita allergik ke tak pada bawang putih itu. Sapu di bahagian pilipat dan biarkan selama setengah ke 1 jam. Kalau tiada kesan merah-merah atau bintik-bintik, kira OK la tu. Bolehlah sapukan kepada anak.


2. Steam N Purcussion



Steam and percussion adalah teknik menepuk belakang bayi untuk mengeluarkan kahak.

Langkah-langkah:

Hiris 2-3 ulas bawang putih dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas. Terbalikkan bayi (seperti dalam gambar) dan pastikan muka bayi berada di atas mangkuk tersebut. Tapi, hati-hati dengan tangan anak ye sebab air tu panas.
Kalau nak anak kita sedut lebih banyak wap bawang putih, tutup kepala mereka dengan kain. Wap itu akan terperangkap di dalam kain itu sahaja. Cumanya, salah seorang perlulah berada di bawah kain bersama anak untuk memantau keadaan anak kita.




3. Buat tangan seperti dalam gambar di atas dan tepuk belakang bayi perlahan-lahan.

Pada masa ini, bayi kita memang akan menangis tapi biarkan sahaja. Lagi banyak mereka menangis, lagi banyaklah wap yang mereka sedut  Wap bawang putih akan meresap masuk ke dalam rongga-rongga untuk membunuh sel-sel bakteria dan pada masa yang sama untuk mencairkan kahak supaya boleh keluar  dengan mudah.

4. Lakukan teknik ini 2 kali sehari (selepas mandi pagi dan juga selepas mandi petang) untuk memudahkan anak kita bernafas dan juga tidur dengan lebih lena.

5. Sedut hingus anak dengan menggunakan mulut.

Cara ini lebih mudah dan sangat berkesan. Tak percaya cuba la...tak payah geli.anak sendiri juga kan...Selain itu kalau ibu menyusukan bayi ibu kenalah telan Vitamin C Shaklee...supaya zat dari vitamin tu akan sampai pada bayi melalui susu ibu. Ataupun dapatkan Set Menyusu dari saya.

Selamat mencuba ibu-ibu.


Sleyviana Ruth
SID 967721
WA/PM 011.1514.8693

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Laksa Penang

Resepi Cheesekut Mudah dan Senang