Cuti sekolah banyak saja plan mau di buat dengan anak2. Tapi kali ni saya buat keputusan bawa anak2 balik Sungai Petani Kedah melawat nenek & atuk mereka. Memandangkan sudah 3 tahun tidak jumpa.
Sebenarnya keputusan ni pun di buat secara mendadak hahahahaa~ tiba2 hati terbuka mau bawa anak melawat mereka di sana. Sempena Tahun Baru Cina yang lepas mereka panggil ke sana. Tapi cuti agak kurang jadi saya cakap cuti sekolah lah baru ke sana.
Saya ambil keputusan untuk menaiki bas dari Johor Bahru untuk ke Sungai Petani Kedah. Tempoh perjalanan dari sana memakan masa lebih kurang 9 jam. Kami bertolak dari Stesen bas Ungku Tun Aminah Skudai Johor Bahru jam 11pm tiba di Sungai Petani Jam 9.20am. Kenapa tidak naik flight cepat sampai. Haa~ memang flight cepat sampai. Jimat masa lagi. Tapi dek kerana mau terapkan minat travel tu dalam diri c anak hihii~ lagi pun kalau balik Sabah pun naik flight juga kan...sekali sekala bagi pengalaman naik bas pula. Tambang dari Johor Bahru ke Sungai Petani RM240 pergi sahaja. Mahal ke murah? Mahal sebab cuti sekolah kata mereka. Normal rate hari biasa dalam RM75-RM80.
Sepanjang perjalanan anak memang tidur. Saya pun tidur juga sekejap2. Bus pun ada berhenti di setiap perhentian. Boleh la penumpang pergi tandas ke apa2 lah. Dalam keadaan travel dengan anak ni macam2 juga ada dalam kepala hahaa~ takut itu ini. Tapi tetap yakin yang Tuhan menyertai sepanjang perjalanan. Syukur selamat sampai tempat yang di tiju dengan selamat.
Seperti biasa kalau balik ke Sungai Petani aktiviti utama memang makan saja lah hahaa~ hari pertama di sana kakak ipar bawa sarapan terus lunch ni hahaa~ di restoran dim sum. Tau2 je kan adik ipar dia ni suka makan dim sum hee~ apa yang specialnya di kedai ni ada pau telur itik. Memang sangat2 sedap. Boleh bikin ketagih hahaa~
Seperti yang saya katakan tadi...kalau balik SP saja aktiviti tidak lain mesti makan. Makan makan dan makan hahaa~ saya anggap SP ni syurga makanan kedua selepas Penang hahaa~
Terasa masa tu bergerak sangat pantas. Masa untuk kembali semula ke JB. Kali ni balik naik Keretapi Tanah Melayu pula. Bukan keretapi zaman dulu2 lagi dah tau...upgrade sudah.sangat selesa, ada cafe lagi boleh la duduk minum sambil menghayati pemandangan sepanjang perjalanan.
Kami bertolak dari SP jam 2pm dengan menaiki ECS. Seronok la si anak...macam2 soalan dia tanya. Maklum la baru pertama kali naik keretapi hihii~
Kami tiba di JB Sentral dalam jam 1.30am sampai rumah dalam jam 2am. Penatnya jangan cakap la hahaa~ tapi ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan...lebih2 lagi travel dengan anak. Pengalaman & moments yang tidak dapat di mana2 atau di beli. Semoga rezeki saya dan anak2 semakin baik dan kami boleh travel lagi naik keretapi!! Yeayyy~ Targetnya ke Thailand pula!!hahaa~ doakan ya!!
Sekian cerita perjalanan kami anak beranak.

Comments
Post a Comment