Resepi Kuih Seri Ayu
Kali ni kongsi resepi kuih seri ayu yang jadi kegemaran dari kecil lagi...
Bahan-bahan
2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 ½ sudu kecil ovalett
2 sudu besar pewarna hijau
2 sudu besar perisa pandan
kelapa parut putih (tak mahu hitam)
sedikit garam halus
sedikit tepung jagung
Cara-cara:
1. Tepung dan baking powder diayak bersama dalam satu mangkuk/bekas.
2. Gula, ovalett dan telur dipukul hingga kembang dalam mangkuk/bekas yang lain.
3. Masukkan susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam bekas gula, ovalett dan telur yang sudah kembang, kacau hingga sebati.
4. Bila dah sebati, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi, gaul dan kacau rata maka siaplah adunan seri ayu.
5. Sediakan mangkuk lain pula khas untuk gaul kelapa parut dengan sedikit garam halus dan sedikit tepung jagung untuk bagi kelapa tu rasa lebih berlemak.
6. Panaskan pengukus, sementara itu acuan kuih seri ayu disapu minyak masak.
7. Masukkan kelapa yang sudah digaul dengan garam halus dan tepung jagung tadi ke dalam setiap acuan yang sudah disapu minyak masak, gunakan jari untuk tekan kelapa tersebut sampai padat. Anggaran kelapa tu kurang sikit dari setengah acuan.
8. Masukkan adunan seri ayu ke dalam acuan yang sudah diisi dengan kelapa yang telah ditekan sehingga padat.
9. Apabila air pengukus sudah mendidih, lap air dalam penutup pengukus dan kukus adunan seri ayu.
10. Selepas 10 minit mengukus, lap penutup pengukus supaya tiada air yang jatuh atas adunan kuih.
11. Selepas mengelap, sambung kukus lagi 5 minit.
12. Siap satu round kuih seri ayu.Ulang langkah 7 hingga 9 sampai habis adunan seri ayu.
13. Siap
Bagi yang tidak tahu macam mana rupa acuan kuih seri ayu ni...haaa mari kita tengok sama2...
Selamat mencuba!!
Comments
Post a Comment