Lebatkan Rambut Jarang Dan Gugur Dengan Bahan Semulajadi

Lebatkan Rambut Jarang Dan Gugur Dengan Bahan Semulajadi 


KACANG HIJAU

Ambil kacang hijau dan rendam sepanjang malam.Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut.Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sila sapu dan picit kulit kepala anda pelahan-lahan.Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.


DAUN PANDAN

Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata.Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air.Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya.


MINYAK KELAPA HIJAU

Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih.Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.


DAUN LIDAH BUAYA

Gunakan lidah buaya dan daun bunya raya yang telah ditumbuk sehingga hancur.Kemudian sapukan dan perap bahan-bahan tadi pada rambut anda dan biarkan selama lebih kurang sejam sebelum bilas dengan air.Lakukan 3 atau 4 kali seminggu.


BUAH NANAS

Ambil buah nanas dan kisarkan sehinggan menjadi seperti jus dan biarkan selama sehari.Selepas itu, anda boleh sapukan jus nanas tadi ke kepala anda dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.Sila lakukan 3,4 kali seminggu dan tengok ada perubahan atau tidak.



A vast array of frehs fruits and vegetables. Healthy eating!! Shallow dof



VITAMIN NATURAL

Benda yang anda makan juga memainkan peranan dalam cara lebatkan rambut anda dengan berkesan.Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D.Banyakan makan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang menguatkan akar rambut anda.



SYAMPU RAMBUT HERBA

Sila gunakan syampu rambut yang terdiri daripada herba-herba dan bahan-bahan neutral asli.Gunakan dengan kerap dan secara berkala dan tengok hasilnyan selepas 2,3 bulan.Elakan menggunakan syampu rambut yang mengandungi banyak bahan kimia.



PENJAGAAN RAMBUT YANG BAIK

Lembabkan atau basahkan rambut anda dan jangan biarkan rambut anda kering untuk jangka masa yang lama.Kelembapan pada rambut memberi kesegaran kepada kulit kepala kita dan membuatkan rambut kita lebih sihat.



Catatan :-

Tips petua cara lebatkan rambut di atas boleh anda cuba jika ingin melebatkan rambut anda. Tiada jaminan tips-tips diatas akan berkesan 100% tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba bukan?

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Laksa Penang

Resepi Cheesekut Mudah dan Senang