Resepi Sambal Nasi Lemak Sedap

Hai...korang sudah makan malam? Malam ni kami makan nasi lemak...selera sungguh budak-budak. So, kali ni mau share resepi dengan korang pula...



Resepi Sambal Nasi Lemak

Bahan bahan:

1 mangkuk ikan bilis - basuh dan tos

3-4 biji bawang besar

3 ulas bawang putih - jangan banyak

1/2 mangkuk cili kisar

Air asam jawa - 1 sudu kecil pes asam jawa

Garam

3 sudu besar gula  - kena ada rasa manis
Sedikit gula Melaka - supaya rasa lemak

Cara cara:

Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.

Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar benar masak dan garing dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.

Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik.

Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.

Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga diletakkan bawang besar hiris. Bolehlah angkat dan dihidangkan.



Resepi Nasi Lemak


Bahan bahan;

Beras - basuh dan tos

1 helai daun pandan - carik dan simpul

Garam

1 - 2 inci halia - hiris

1 cawan santan pekat

Cara cara:

Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti memasak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.

Masukkan garam dan juga daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.


Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata. Sambung hingga nasi masaK. Siap untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba!!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kuih Seri Ayu

Resepi Ambuyat

YOUTH Shaklee Skincare Viral!!