Rabbit yang comel.
Seperti biasa, Jumaat untuk subject art & economic home. Jadi saya buat keputusan buat art dengan budak-budak ni...
Saya ajak mereka buat rabbit!! Di perbuat dari bahan terbuang jer...
Saya ajak mereka buat rabbit!! Di perbuat dari bahan terbuang jer...
Sebenarnya idea ni saya dapat dari salah 1 page di FB...saya lupa sudah apa nama page tu...nanti saya kongsikan...berlambak2 idea korang boleh dapat dari sana...
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bekas tisu roll (yang tengah2 tu)
Water colour.
Berus water colour.
Butang.
Marker pen.
Gunting.
Cutter.
Glue Gun.
Cara-cara:
1. Potong 1/3 dari roll tisu tu. Untuk jadikan telinga rabbit. Yang ni korang kena bantu budak kecik potong. Nanti luka sapa susah...kita juga kan heee~
2. Warnakan roll tisu dengan warna pilihan masing2. Kemudian keringkan di bawah sinaran matahari supaya cepat kering.
3. Sementara tunggu rabbit tu kering...warnakan pula bahagian yang separuh tu. Kemudian keringkan di bawah matahari.
4. Bila sudah kering, boleh la lukis corak2 apa2 mereka suka di badan rabbit tu...supaya x la nampak plain sangat hihii~ sebenarnya mau tengok kretiviti budak-budak ni macam mana je hee~ dah tu keringkan balik.
5. Lepas tu, gunakan glue gun untuk lekatkan butang. Yang ni pun kita kena tolong mereka buat. Sebab glue gun kn panas. Nanti melecur pula kan susah.
6. Bila bahagian telinga rabbit tu dah kering.boleh la lekatkan telinga rabbit tu sekali.
7. Last sekali lukis mata, mulut & misai rabbit guna marker pen.
Tadaaaaa!! Masing2 dengan rabbit dorang!! Comellll kan?? Heee~
Rabbit2 yang comelllll!!
Selamat Mencuba!!
Comments
Post a Comment