Resepi Ayam Masak Merah

Ayam masak merah ni memang jadi kegemaran dari dulu lagi...1st time makan ayam masak merah ni masa pergi hari raya rumah kawan dulu masa form 1...haaa lama betul dah tu hihii~ ayam masak merah unty tu memang meletup kaw2 punya sedap...boleh buat tambah nasi ulang2 hahaa~ itu kalau tak tau malu la kehkehkeh~

Sejak dari tu start la belajar masak ayam masak merah sendiri...walaupun rasa dia tak sama macam unty tu masak...hihii~



Ayam Masak Merah


Bahan bahan:

1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.

2 kuntum bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

2 sudu besar sos cili

60 ml santan

250 ml air

3 biji tomato - belah 4

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah

Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal


Bahan bahan kisar halus:

4 biji bawang besar

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 cm halia

15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar


Bahan bahan hiris:

3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland

5 ulas bawang putih

2 cm halia - hiris jadi 3 keping


Cara cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.


Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.


Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.


Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.


Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.


Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

Selamat Mencuba!!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kuih Seri Ayu

Resepi Ambuyat

YOUTH Shaklee Skincare Viral!!