Saturday, 25 March 2017

Movie Time

2 minggu lepas kami dapat jemputan dari Kiwanis Club Johor Baharu pergi menonton wayang. Sebelum ni mereka ada datang juga bawa sumbangan makanan dan minuman.

Hari ni hari yang di nanti-nantikan oleh anak-anak ni. Awal mereka bangun semangat mau pergi tengok wayang lah katakan hihii~ selesai bersiap semua tepat jam 9am kami bertolak dari HOME menuju ke KSL shopping center.

Tiba di sana dalam jam 9.45am. Kelihatan anak-anak dari pertubuhan lain juga sudah sampai. Menurut sumber Kiwanis Club nimenaja lebih kurang 1 ribu anak2 yatim dan kurang upaya menonton wayang.


Sebelum masuk kami sempat merakam gambar dengan President Kiwanis Club Johor Baharu dan beberapa ahli dan Pihak MBO KSL. Kami juga di beri goodies bag...yeayyy~ isi dalamnya pop corn, burger Marry Brown, air mineral & Orange Minute Maid.



Sebelum wayang bermula masing2 layan goodies bag masing2 hihihi~


Kami tengok movie kartun Smurft The Lost Village... sebenarnya wayang ni launching 4 April tapi kami tengok duluan hihihii~ seronok juga cerita dia. Best. Weekend bolehlah ajak anak2 pergi tengok bila sudah keluar di pawagam2.

No comments:

Post a Comment