Sambal tumis ikan bilis dengan petai.

Siapa pengemar petai? Kita geng hahaha~ cerita pasal petai ni...dulu saya paling tidak suka makan petai ni. Sebab bau hahaha~ entah kenapa tiba-tiba pula boleh jadi kegemaran pula ni...

Kalau dulu c petai di cakap busuk...sekarang c petai di puji pula sedap...memang sedap pun kan...haaa~ rugi siapa tak pandai makan petai. Boleh tambah nasi dua pinggan tau hahahaa~

Kali ni mau kongsi resepi sambal tumis ikan bilis dengan petai...ermmm~ nyummm nyummm~


Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai


Bahan bahan:

1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya

1 mangkuk cili kering - dikisar

3 biji bawang besar

1 labu bawang putih

Sedikit halia - opsyenal

1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)

2-3 sudu besar gula

Garam


Cara cara:

Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.


Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.


Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sangat kering.


Selamat Mencuba!!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kuih Seri Ayu

Resepi Ambuyat

YOUTH Shaklee Skincare Viral!!