Pengalaman ke World Kite's Festival

Pada 23hb February bersamaan hari Khamis yang lalu kami berkesempatan mebawa anak-anak hebat kami pergi ke World Kite's Festival yang bertempat di Bukit Layang-layang Pasir Gudang.

Mereka sangat teruja bila dapat tahu mereka akan pergi ke sana. Sampaikan malam sebelumnya ada yang tidak dapat tidur hahaa~ siap cakap, cikgu...lamanya nak siang. Alahaii~ jam baru menunjunkkan jam 12 hihii~ dah namanya budak kannn...

Sehari sebelum ke sana, mereka membuat layang-layang mereka sendiri. Bersungguh-sungguh mereka siapkan layang-layang masing2.

Kami bertolak dari Home lebih kurang dalam jam 7.10am. Mengelak dari kesesakan lalu lintas.


gambar di ambil oleh anak saya sendiri.hihihi~ 

Kami tiba disana lebih kurang dalam jam 8.15am. Kami bergesa mencari tempat duduk yang selesa untuk anak-anak. Kerana di fahamkan tempat tu lapang dan tidak mempunyai pokok tempat berlindung dari cahaya matahari. Sudah memang pun tempat main layang-layang kannn...memang tiada la pokok berdekatan hihihi~ memandangkan semua guru pengiring tidak pernah ke sana jadi kami pun main redaaa saja la hihii~

rehat sebentar sambil tu Teacher Kathryn agihkan nametag.

Ikut perancangan awal mereka ni digalakan untuk mengikuti pertandingan mewarna. Memandangkan pertandingan tu sudah bermula maka tidak jadi la mereka sertai pertandingan mewarna tersebut...

Masa mereka di isi dengan bermain layang-layang yang telah mereka buat sendiri tu. Bahagia rasa tengok mereka lari2 di padang tu. Yela, selalu pijak lantai konkrit sajakan...sekali sekala pijak la rumput pula.


Sudah puas mereka berlari-lari. Kami rehat sebentar minum pagi. Makan bun dan minum air putih. Kami pilih air putih sebab cuaca sangat panas. Mereka perlukan air putih banyak. Minum air putihkan baik untuk kesihatan hihii~ kannn??

Selesai makan dan minum kami bawa mereka melawat ke Museum Layang-layang. Bayaran masuk dikenakan RM1 untuk kanak-kanak dan RM2 untuk dewasa. Berbaloi juga. Boleh la bawa keluarga jalan-jalan hujung minggu atau cuti sekolah akan datang ni.








Antara moment yang sempat di ambil di dalam Museum.

Selesai melawat sekitar Museum, sebelum tu kami sempat juga mengambil gambar sebagai kenang kenangan untuk masa depan di hadapan pintu masuk museum.


Lebih kurang jam 11.30am kami bertolak untuk balik ke Home. Bahang matahari masa tu mula menyengattttt~ haaa~ saya yang dewasa ni pun tak tahan...apa lagi budak-budak hihii~ 

Walaupun aktiviti mereka cuma bermain layang-layang dan melawat museum saja keseronokan tu nampak terpancar di wajah mereka. Bukan selalu boleh keluar macam ni tau haaa~ sebelum balik tu mereka ajak pergi ke swimming pool...tapi belum masanya lagi ke situ...sabar ya anak-anak...satu hari nanti kita akan pergi juga ke swimming pool.

Kira-kira dalam jam 12.30pm kami sampai di Home. Setelah mereka bersihkan diri, mandi dan sebagainya baru kami makan tengahari. Dan berehat. Nampak sangat mereka kepenatan hihii~ 

Sekian coretan ringkas dari kami Home Ang Tiong Loy Rotary Children's Home.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Laksa Penang

Resepi Cheesekut Mudah dan Senang