Resepi Non-baked Cheese Kek

Haiii...

Sudah minum petang? Makan kuih apa petang ni? Hmmm~ petang2 ni kalau layan cheese kek sedap juga kan? Senang nak sediakan pula tu...tak payah susah2 nak bakar bagai heee~ masuk peti ais je dah boleh ngapppp~ jom jom kita buat...



Cheese Kek non-bake

Bahan-bahan A:
Biskut marrie
Mentega

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm tatura krim keju
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon- 2 sb

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping
Blueberry topping secukupnyer
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air



Cara-cara

1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
3.Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
4.Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.
6. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan.
9.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
10. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
Tuangkan kuah topping hingga habis.



Dah siap...boleh makan yeaaahhhh~

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kuih Seri Ayu

Resepi Ambuyat

YOUTH Shaklee Skincare Viral!!