Cara mengatasi kayap
Kayap atau pun di panggil sebagai penyakit ular. Entri kali ni saya mau kongsi tentang kayap. Saya kena kayap ni 2015 masa tu langsung tidak tau pun pasal penyakit ni. Sudah kena baru tau hahaa~
Saya kena kayap ni sehari sebelum saya mau mendaki Gunung Kinabalu! Malam tengah packing barang yang mau di bawa tu pedih2 pula rasa di bahagian bawah payu dara. Masa tu tidak tau lagi yang pedih2 tu kayap. Esok pagi naik gunung dengan senggugutnya dengan pedih2 benda ni lagi ku gagahi juga langkah. Walaupun mau menangis sudah hahaha~
Seminggu lepas dari naik gunung tu makin teruk pula. Tapi keras kepala juga tidak mau jumpa doktor hahaa~ degilkan. Sudah tidak tahan haaaa~ baru laaaa pergi klinik...masa tu baru tau penyakit ni wujud!! Bhuahahaaa~ Okey,jom kita teruskan dengan kayap ni.
Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zoster. Punca penyakit kulit dan saraf ini terjadi adalah disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) yang menyebabkan timbulnya ruam di permukaan kulit yang amat pedih dan muncul juga kelepuhan pada bahagian tertentu tubuh.
Ada 2 golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh kuman VZV ini. Kedua-dua golongan ini mempunyai daya ketahanan sistem imun yang rendah.
Golongan yang lebih berusia iaitu umur lebih daripada 50 tahun. Semakin berusia, tanpa pengambilan supplemen seperti vitalea, sistem imun akan semakin berkurangan.Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan faktor tertentu seperti jangkitan kuman HIV dan kesan sampingan ubat seperti steroid.
Pencetus penyakit kayap ini adalah apabila virus VZV ini diaktifkan. Sebenarnya, virus ini sudah berada dalam tubuh apabila seseorang itu mengalami penyakit cacar air atau chickenpox. Setelah cacar air ini sembuh, virus tersebut berhibernasi dalam pusat saraf dan akan mula menyerang apabila sistem imun berkeadaan lemah. Ia akan menyerang urat saraf sehingga menyebabkan radang saraf.
Tanda-Tanda Jangkitan Kayap
Kayap biasanya akan menyebabkan radang urat saraf. Ia menyerang satu-satu kawasan tubuh sahaja seperti dada dan muka.
Simptom awal jangkitan kayap termasuklah:
Rasa kebas, sakit atau panas di bahagian saraf terlibatDemam, kepenatan dan sakit kepala.
Selepas itu tanda-tanda kulit pula akan muncul. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tompok-tompok merah yang memedihkan akan kelihatan. Selepas sehari dua, muncul pula gelembung-gelembung air kecil. Air tersebut berwarna kekuningan.
Lebih kurang 2 hari kemudian, air tersebut akan menjadi berubah warna menjadi keruh dan lama-kelamaan gelembung tersebut akan kering. Kulit kering tersebut akan jatuh sendiri dalam seminggu dua.
Comments
Post a Comment