Posts

Showing posts from February, 2017

Atasi Gout dengan supplement Shaklee

Image
Kali ni mau share pasal Gout. Kebanyakan keluarga saya ada Gout. Bila sakit Gout mereka menyerang ada yang sampai tidak dapat berjalan pun... mari kita baca apa itu Gout. Apakah Penyakit Gout? Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout. Gout boleh jadi biasa, boleh jadi sebagai tanda penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ini disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang terhablur dan disimpan di sendi tendon dan tisu disekelilingnya Gambarajah nya seperti di bawah ini: Apakah punca Gout? Gout ni boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya sebab faktor genetik (keturunan), pemakanan dan masalah buah pinggang. Gout juga adalah dikelaskan sebagai sebahagian dari penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang berkumpu

Santai Sabtu

Image
Petang Sabtu yang lepas kami hantar anak-anak ke Klinik Kesihatan Sultan Ismail. 10 orang dari 16 orang diserang batuk selesema. Normal lah kan bila sudah tinggal satu bumbung, seorang sakit yang lain pun mesti terjangkit. Mujur lah hari Sabtu tidak ramai orang. Mudah untuk mengurus anak-anak ni. Selesai saja berklinik kami terus pergi ke kedai mamak. Kami menjamu selera di sana sebelum pergi ke gereja. Kebetulan pagi tu ada Chinese visitor datang bagi Ang Pau dengan anak-anak ni. Jadi mereka request makan di luar guna duit Ang Pau mereka. Sekali sekala bawa mereka keluar makan. Happy tengok mereka senyum sampai telinga hihihii~ masing-masing khusyuk dengan makanan mereka. Selesai makan kami terus ke gereja. Lebih kurang dalam jam 12.30am kami sampai di Home. Masing-masing layan penat & mengantuk dah budak-budak ni hihii~ 

Donat Cheese

Image
Anak saya sangat gemarkan donat. Mungkin kerana gulanya kan...mummy dia pula sangat suka cheese hihihi~ memang seronok la layan kegemaran dengan anak hihii~ Jom kita cuba buat donat cheese. Resepi Donat Cheese Bahan2 4 cwn tpung gandum 3 sudu besar merjerin 2 sudu besar susu pekat 1 sudu besar gula 1/2 cwn air suam 1/2 cwn air 1 peket mauripan Sedikit garam Cheese slice Cara-cara : 1) Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit . 2) Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati . 3) Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tgn. 4) Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dgn kain basah . 5)Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin . 6) Boleh canaikan doh tersebut , jgn tebal sangat dan terlal

Sambal tumis ikan bilis dengan petai.

Image
Siapa pengemar petai? Kita geng hahaha~ cerita pasal petai ni...dulu saya paling tidak suka makan petai ni. Sebab bau hahaha~ entah kenapa tiba-tiba pula boleh jadi kegemaran pula ni... Kalau dulu c petai di cakap busuk...sekarang c petai di puji pula sedap...memang sedap pun kan...haaa~ rugi siapa tak pandai makan petai. Boleh tambah nasi dua pinggan tau hahahaa~ Kali ni mau kongsi resepi sambal tumis ikan bilis dengan petai...ermmm~ nyummm nyummm~ Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu

Pengalaman ke World Kite's Festival

Image
Pada 23hb February bersamaan hari Khamis yang lalu kami berkesempatan mebawa anak-anak hebat kami pergi ke World Kite's Festival yang bertempat di Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Mereka sangat teruja bila dapat tahu mereka akan pergi ke sana. Sampaikan malam sebelumnya ada yang tidak dapat tidur hahaa~ siap cakap, cikgu...lamanya nak siang. Alahaii~ jam baru menunjunkkan jam 12 hihii~ dah namanya budak kannn... Sehari sebelum ke sana, mereka membuat layang-layang mereka sendiri. Bersungguh-sungguh mereka siapkan layang-layang masing2. Kami bertolak dari Home lebih kurang dalam jam 7.10am. Mengelak dari kesesakan lalu lintas. gambar di ambil oleh anak saya sendiri.hihihi~  Kami tiba disana lebih kurang dalam jam 8.15am. Kami bergesa mencari tempat duduk yang selesa untuk anak-anak. Kerana di fahamkan tempat tu lapang dan tidak mempunyai pokok tempat berlindung dari cahaya matahari. Sudah memang pun tempat main layang-layang kannn...memang tiada la pokok berdekatan

Rawatan alternative strok

Image
Apakah itu Strok? Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah. Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh menga

Ikhtiar Vivix pilihan bijak Pesakit Buah Pinggang

Image
Buah pinggang adalah salah satu organ yang penting dalam tubuh, namun kesihatannya diambil mudah.Sebelum ini mungkin anda tidak tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang pada tahap awal, kerana biasanya anda tidak pernah merasa sakit sama sekali. Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000! Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus. 10 TANDA ANDA MEGHIDAPI PENYAKIT GINJAL 1. Kekerapan pembuangan air kencing Anda perhatikan perubaha

Vivix bantu merawat darah tinggi

Image
Seperti yang diketahui VIVIX dikatakan HEBAT kerana di dalamnya mengandungi 10x ganda nilai antioxidant daripada RESVERATROL. Resveratrol telah diuji melalui ribuan kajian yang mana dapat meneutralkan radikal bebas dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik. Vivix dirumus daripada 4 jenis tumbuhan yg amat sukar dijumpai di dunia > European elderberry > Muscadin grape > Purple carrot > Polygonum Cuspidatum Siapa yang perlukan VIVIX - pesakit kanser/ketumbuhan/fibroid - pesakit tiroid - pesakit darah tinggi - pesakit jantung - pesakit diabetes - pesakit jangkitan kuman paru-paru - pesakit gout - pesakit arthritis/sendi/lutut - individu sihat yg mementingkan kualiti kesihatan - individu sihat yg mempunyai keturunan keluarga berpenyakit kronik Bagaimana Resveratrol Dalam Vivix Dapat Membantu Menurunkan Darah Tinggi? Resveratrol dalam vivix membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi (hypertension) melalui beberapa mekanisme. I

Resepi kek batik

Image
Mau buat kek tak semestinya mesti ada ketuhar tau...haaa~ ada jeee kek yang tak perlu guna ketuhar...Kali ni share resepi kek batik...100% tak perlu menggunakan ketuhar. Bahan-bahan 1 bungkus (350g) biskut Marie Setengah buku mentega 2 biji telur 1 cawan serbuk koko 1/2 cawan Milo 1 cawan air 3/4 cawan gula **Milo dan koko tu terpulang pada citarasa. Nak rasa coklat yang kuat...guna 1 cawan koko + 1/2 cawan Milo, nak rasa yang agak kurang coklat, guna 1cawan Milo + 1/2 cawan koko Cara-cara 1. Patah-patahkan biskut. 2. Dalam periuk, campurkan koko, Milo, air dan gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua larut. 3. Masukkan mentega, kacau sampai mentega cair. 4. Kecilkan api, masukkan telur. Kacau sampai agak-agak pekat (lebih kurang 30 saat). Padamkan api. 5. Masukkan pula biskut yang dah dipatahkan tadi. Kacaukan sampai semua biskut dah diselaputi coklat. (Sukatan biskut terpulang pada citarasa. Kalau nak banyak coklat, guna sikit saje). 6. Masukka

Resepi Non-baked Cheese Kek

Image
Haiii... Sudah minum petang? Makan kuih apa petang ni? Hmmm~ petang2 ni kalau layan cheese kek sedap juga kan? Senang nak sediakan pula tu...tak payah susah2 nak bakar bagai heee~ masuk peti ais je dah boleh ngapppp~ jom jom kita buat... Cheese Kek non-bake Bahan-bahan A: Biskut marrie Mentega Bahan-bahan B: 200 ml krim putar(whipping cream) 250 gm tatura krim keju 165 gm gula kastor - letak 150g 1 sudu besar jus lemon- 2 sb Bahan-bahan C: 15 gm gelatin halal 100ml air - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit Topping Blueberry topping secukupnyer Jus lemon Gula caster Sedikit air Cara-cara 1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci. 2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras. 3.Pukul krim putar sehin

Jumaat yang santai.

Image
Selamat Petang semua... Hari ni rasa sihat kembali...sejak Jumaat lalu tekak tidak sihat. Badan rasa macam mau demam...buat kerja pun tidak selesa. Sampaikan nak menulis pun rasa terganggu. Hari ni balas balik apa yang tertinggal hihii~ entri ni sepatutnya saya tulis pada hari Jumaat lalu...sebab kejadian terjadi hari tersebut. Oleh kerana kurang sihat segalanya terhenti...maaf... Seperti biasa hari Jumaat merupakan hari untuk non core subject...so, saya pilih untuk buat aktiviti simple dengan budak.  Kali ni melibatkan bentuk. Sambil mereka buat art sambil mereka belajar bentuk. Selepas mereka melukis bentuk2 yang ada mereka akan gunting bentuk2 tersebut untuk menghasilkan apa2 sahaja mengikut kreativiti mereka sendiri. Ada yang buat rumah, ada yang buat kereta api dan sebagainya. Sekian cerita dari kami Ang Tiong Loy Childrens home Rotary.

Diabetes ikhtiar dengan Vivix

Image
Diabetes atau kencing manis adalah penyakit popular menyerang rakyat Malaysia. Diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan kita yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan Vivix Shaklee yang berterusan membantu merawat diabetes selain berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dariradikal bebas. Ada juga penyakit diabetes sembuh dengan mengamalkan vivix Shaklee. Vivix adalah satunya suplemen di dunia yang mampu . Vivix sangat bagus untuk merawat penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Jika ada antara kita yang menhadapi penyakit 3 serangkai, saya syorkan amalkan Vivix Shaklee. Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes? Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan