Saturday, 18 March 2017

Resepi Kuih Seri Muka

Salah satu daripada kuih Tradisional yang menjadi kegemaran saya dan juga anak...tapi anak saya makan yang hijau tu saja. Pulut dia bagi kat mumy dia hahahaa~ tak baikkkk tau...




Resepi Kuih Seri Muka

Bahan-bahan Lapisan Atas :

- 1 Cawan Beras Pulut
- 1 Cawan Santan
- Sedikit Garam

Bahan-bahan Lapisan Bawah :

- 1 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan
- Setengah Cawan Gula
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- Sedikit Garam

Cara-Cara Membuat :

1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
3. Masak guna rice cooker je, senang kan.
4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment